go Genting

Assalamualaikum

baca tajuk entri dah tahu dah yang aku nak cerita apa. lalalalala. actually aku nak share pengalaman aku pergi Genting dengan bff aku yang gojez. on 28 jun tahun ni, hari khamis, kitorang pergi sana. setelah dihitung tambah tolak bahagi darab, kitorang beli pakej yang amatlah berbaloi. just RM58 (Golden Package nama dia). korang akan dapat perkhidmatan bas pergi and balik, skyway and outdoor theme park pass. seronok kalau beli tiket murah dapat itu ini. jimat duit korang.

dekat outdoor theme park, korang boleh main macam-macam. tapi aku tertarik dengan game Space Shot. cubalah main nanti kalau korang pergi Genting. serius best. aku attachkan sekali gambar aku dan kawan-kawan time main Space Shot ni. jangan comment mimik muka kitorang sebab kitorang tengah gayat. cuba tengok bangunan warna warni kat sebelah kanan. korang boleh imagine tak berapa tinggi Space Shot ni naik?

Muka gayat. Hahahaha.




0

0 comments: