Bunga Telur Crepe (Exclusive)

Assalamualaikum 

Kali ni nak cerita mengenai bunga crepe "exclusive" pulak. Bunga telur crepe semakin hangat di pasaran. Macam pisang goreng panas. Lina baru sahaja selesaikan tempahan bunga telur crepe pink. Woohohoho, my favourite color. Excited Lina nak buat time tu :) . Cantik tak? Customer yang order ni sangatlah soft spoken, ayu, and sopan santun. Cantik sudah tentu. Wah! untung bakal suami dia. gurl ni orang terengganu. Kenapa orang terengganu ramai yang cantik2? Ada sape2 tak nak jawab soalan Lina ni? hihihi. 




kalau berminat, bolehlah calling2 Lina :D . nak PM pun boleh kat facebook. Search Gubahan hantaran shah alam or pink & purple house (page). Warna boleh request.

0

Rezeki Dari-NYA

Assalamualaikum :)

Walaupun tengah sakit gigi yang teramat sangat, tapi Lina nak juga update blog. Mata pun tak ngantuk2. Dasyat. Dah pukul berapa ni. Pastu besok liat nak bangun pagi. Zzzzz. Tapi sebelum tido, Lina nak share berita gembira dan syukur. Alhamdulilah, tempahan hantaran kat kedai Pink & Purple House semakin mendapat sambutan. Yang bestnya, bukan datang dari shah alam je, tapi dari pelbagai tempat yang jauh. bersyukur sangat2. Dengan bantuan Facebook, Blog, Mudah.My, i-kahwin dan pelbagai lagi portal online, ramai yang dari luar kawasan boleh search and tahu kewujudan kedai kami. Terima kasih u ollz. 

Semalam Lina dapat order hantaran tiga dulang untuk majlis pertunangan - bakul buah, box baju dan bakul untuk manisan. Customer dari Subang. Dia kata kedai kat subang tu mahal. Even box kosong RM15. Ye, sangat mahal. Dekat kedai Pink & Purple House baru RM3.50. Opps, Lina tak condemn orang, hanya tulis semula luahan hati customer tersebut. :D . Sebab tu customer ni willing travel jauh sikit pergi shah alam sebab harga yang ditawarkan oleh kedai tersebut sangatlah mahal. Customer tersebut pilih sendiri bunga dan hiasan-hiasan yang lain. Tema nak warna lembut-lembut. Hihihi. Biasalah, gurl memang suka warna2 macam tu. Betul tak? 

Dan..... ini adalah hasil sentuhan terakhir :) 




untuk ketiga-tiga gubahan ni, budget still bawah RM100 :) . jangan risau, Lina selalu tolong customer semampu mungkin untuk gubah mengikut budget yang ditetapkan. Bak kata tunang Lina, "Ukur Baju di Badan Sendiri" . Kita buat sesuatu mengikut kemampuan kita and yang penting, hati senang tak de hutang. Customer ni excited nak tengok gubahan yang dah siap. Then lina pun upload kat facebook. Alhamdulilah customer ni sangat2 happy. Siap call Lina lagi puji itu ini. Ohh! sangat terharu. dengan gusi bengkak, pastu customer puji and happy dengan hasil tangan kita, hilang sikit penat lelah bekerja. Terima Kasih sebab percaya Pink & Purple House mampu gubah hantaran tersebut. 

p/s: harap-harap kedai ni semakin maju. teringin nak bawa parent g mekah hasil titik peluh sendiri. 

0

Meatballs Ikea

Assalamualaikum everyone ! 

Hari ni genaplah seminggu lina bertunang. Selama seminggu ni kitorang sibuk dengan urusan kerjaya masing-masing. Lagipun si dia duduk dekat nilai and lina shah alam. Nak kerap keluar selalu pun tak boleh jugak. Hihihi. So untuk mengisi masa yang terluang di hujung minggu, si dia ajak jalan-jalan g genting. Wahahaha. Amik udara segar pulak kat sna. Memang kabus tebal sangat. Sejuk. Perut pun dah lapar.  Kat genting tak banyak option untuk makan sgt. Disebabkan dulu lina pernah merenggek nak makan meatball kat ikea, si dia pun suggest makan kat sna. Kengkawan beria bebenor cakap sedap sangat. Teringin jugak nak rasa. Yeahh ! Finally we are here. Dekat ikea. 

Si dia pergi beratur untuk beli makanan and lina cop tempat duduk. Serius mmg ramai sangat orang. Macam terkejut sekejap bila si dia datang bawa banyak makanan. Penuh tiga tray. *sapa nak habiskan ni syg?* 

Menu utama for sure lah meatballs. Hahaha. Memang full meatball tu dlm pinggan. Ade 15 biji meatball, fries and jem strawberry.  what ? Jem strawberry?  Aiyooo.. pelik dengan set ni. Kenapa mesti jem strawberry?  Kenapa tak letak sos or sambal je. Kan lebih sedap. Wait, wait, wait.. nama pun sweden meatball kot. Tak payah nak berangan ada sambal pedas dalam tu. Rasa punya rasa, pehhhhh macam kena troll pun ada. Tak de lah sedap sangat pun. Btw semalam lina makan bakso penyet. Sapa pernah makan mesti tahu menu ni. Bakso penyet ni a.k.a meatball yg diperap dengan rempah macam ayam penyet. lina rasa bakso penyet lagi sedap dari meatball ikea. Tergetus dala  hati, owh, mungkin ini kali yang terakhir makan meatball ikea. It have normal taste. Mungkin tekak lina dengan kawan lina berbeza kot.

Btw, tak salah kalau yang belum cuba tu nak g ikea untuk rasa sendiri :)
0

Happy Engagement !

Assalamualaikum

Hai everyone. tengok tajuk pun dah tahu entry ni pasal apa. kan kan kan. Alhamdulilah, 30/3/2013 lina selamat bertunang setelah 4 tahun bercinta. Actually nak buat on 31/3/13. tarikh pun tersusun cantik merangkap birthday si dia. tapi... terpaksa cancel atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. NOW, dah selamat jadi tunang orang. okay, ayat poyo sangat. hahaha.

just nak share tips2 or info yang bermanfaat untuk yang bakal bertunang. jangan jadi macam lina, preparation semua last minute. esok nak bertunang, hari ni sibuk lagi buat tempahan hantaran customer. last2, hantaran sendiri yang haru biru. simple dan hampeh. siap kena kutuk dengan Pink & Purple House Crew sebab buat hantaran orang bukan main gempak, hantaran sendiri hancus. nasib baik bakal tunang tu tak join kutuk sekali. kalau tak memang down lah jawabnya. Alright, straight to the point, ada beberapa perkara yang korang kena titik beratkan sebelum majlis bertunang berlangsung. 

Let check it out !

  1. cincin merisik @ tunang

    alright, this matter korang kenalah bincang dengan mak ayah dulu. terutamanya pihak perempuan. discuss elok-elok sama ada majlis pertunangan tu nanti combined dengan majlis merisik atau tak. ada sesetengah parents yang sangat particular tentang adat resam melayu. macam lina, lina combined merisik dengan tunang. so, pihak lelaki perlu sediakan 2 cincin.1 untuk merisik, 1 untuk tunang. tamak sangat. 

    cincin merisik biasanya orang bagi cincin belah rotan. emas 916. tunang pulak cincin yang atleast ada satu batu. terpulang sama ada nak bagi emas 916 atau emas putih. ikut budget masing-masing. nak beli cincin pun kena tengok jugak timing dia, jangan tengah harga naik hang dok p beli. rugi-rugi. tolong survey dulu ye :)

  2. hantaran

    moh ler kita main tukar-tukar dulang :) . hihihi. kebiasaannya angka dulang-dulang yang nak diberi tu angka ganjil. jangan tanya lina kenapa. no answer for that. masa lina tunang hari tu, 3 balas 5. mesti korang faham konsep tu kan. kalau tak faham kena baca banyak lagi nih :D . tak tahu lah adat negeri mana, tapi family lina cakap tepak sirih dengan cincin tak dikira sebagai hantaran.

    one more thing, barang-barang yang korang nak bagi time tunang tu. haaaaa. ni pun tak boleh sembarangan jugak taw. most of the time, hantaran untuk tunang, makanan adalah diutamakan berbanding perfume, jam, handbag and etc. sebab apa? sebab tunang tak formal macam majlis kahwin. after majlis, family akan gather ala-ala post mortem gitu. time ni lah makanan akan diagih2kan. kalau majlis kahwin, it more to personal things. kalau barang hantaran tak bagi kat sedara mara pun orang tak mengata sangat berbanding dengan majlis tunang. apa2 pun, bincang dengan semua pihak yang terlibat tentang hantaran korang tu :)

  3. menu makanan

    sebelum tentukan menu makanan untuk majlis, korang kena tahu pukul berapa majlis tunang tu akan berlansung. senang cerita, pagi, tengahari, petang or malam. macam lina, lina buat malam. so makanan berat seperti nasi amatlah tidak digalakkan. menu lina, light je. soto, mee hoon sup, ayam bbq, and desert yang lain. air tentulah ada :) kalau tak kehausan tetamu nanti.

  4. total jemputan

    last but not least, kena tahu total jemputan yang diundang ke majlis. sangat2lah penting untuk double confirm dengan pihak lelaki berapa ramai yang ikut rombongan. sebab apa? sebab, kalau ramai sangat yang datang, bolehlah prepare untuk buka canopy atau buat persiapan yang sepatutnya. ini semua untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar terutamanya waktu makan. alhamdulilah, lina dapat confirm awal dari si dia jumlah yang datang. so mak ayah sponsor satu canopy :) 

itu sahaja tip yang lina dapat share buat masa ni. nanti ada tambahan lina update dekat entry baru okay. 
0