Permohonan Visa ke UK

Part passport alhamdulilah dah selesai. Since permohonan university encik suami dah berjaya dan dah dapat unconditional offer, sekarang nak fokus pada permohonan VISA ke UK pulak. Sebelum nak isi maklumat, make sure baca dulu guidance notes yang kat websites dyorg provide. Kalau tak korang akan blur blur, pastu pening nak isi apa. Thus, korang akan spend too much time nak isi borang permohonan. Nampak mudah, tapi hakikatnya tak sebab banyak perkara dyorg minta. 

Dokumen yang korang perlu ada sebelum apply VISA:
  • CAS (Confirmation of Study) Statement - akan dikeluarkan oleh pihak university yg korang apply via email kebiasaanya.
     
  • ATAS Certificate - ni khas untuk yang apply bidang engineering dan science technology shja. Selepas dapat offer letter dan CAS Statement dari pihak university, korang kena apply ATAS (Academic Technology Approval Scheme) Certificate secara online.

  • TB Test - hanya ada beberapa sahaja klinik panel yang diiktiraf oleh UKBA. Kalau pergi klinik lain, mean tak valid dan rugi duit sahaja. TB test ni perlu buat sebab kena kepilkan sekali waktu nak buat visa. Ni reason kenapa UK sangat prihatin ttg TB Test.

  • English Qualification - yang ni depend kepada pihak university sama ada nak keputusan ielts, pearson test dan sbagainya. 

Dah ada semua dokumen yang diperlukan, korang boleh apply visa secara online dulu sebelum buat appointment di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

**klik di link yang diwarnakan biru untuk maklumat lanjut



0

Prosedur Buat Passport

Since nak fly ikut encik suami pergi UK, have to buat passport. Before this mmg tak pernah ada passport sebab travel dalam Malaysia je. Senang je rupanya nak buat. Tak perlu susah susah nak amik gambar dekat kedai dah, sebab Immigration Malaysia dah up to date. Semua all in dalam satu tempat. Disarankan pergi awal waktu supaya tak perlu tunggu giliran nombor lama sangat. Waktu buat hari tu pergi Immigration dekat PKNS, Shah Alam. Ni office hour dyorg :-

  • Isnin - Jumaat : 7.30 pg hingga 5.30 ptg      (*Jumaat waktu rehat 12.15 tgh -2.45 ptg*)
  • Sabtu - Ahad : 8.00 pg hingga 1.00 ptg

Harga pun tak mahal sangat. Boleh buat either 2 years (RM100) or 5 years (RM300 ).
0